Sebelum aku mengutarakan mengenai isu ini, sempat juga aku membuat sedikt "research" bg isu ini...tengah2 dok selidik bagai, tiba2 aku terbuke one of the blog by Z.A yg secara terang2nya menolak penggunaan bahasa inggeris bagi subjek sains dan matematik.. one of the point yang bg aku most signififcant one is "kita adalah bangsa melayu, mengapa kita perlu memperlekehkan kedudukan bahasa melayu dan mengagungkan bahasa inggeris?"...ya..aku adalah orang Melayu dan aku bangga dengan bahasa melayu tapi aku masih mengaplikasikan bahasa inggeris sebagai medium untuk aku mempelajari sesuatu.. bagi aku itu tidak salah bukan?
Aku kesal kerana masih terdapat golongan fasis bahasa yang secara kerasnya membantah penggunaan bahasa inggeris di dalam kedua-dua matapelajaran ini.Mereka berpendapat bahawa penggunaan bahasa inggeris yang meluas akan menjejaskan kedudukan bahasa melayu, sedarlah wahai fasis bahasa.. bahasa melayu sudah terbukti sebagai bahasa rasmi negara dan dipertuturkan oleh setiap kaum di negara ini, bagi aku kedudukan bahasa melayu tidak pernah tergugat, melainkan DBP yang perlu tetap dengan pendirian kerana dari pemerhatian aku, mereka sentiasa membuat perubahan bagi sesuatu perkataan berulang kali. Begitu banyak perubahan dilakukan sehinggakan ramai yang keliru, bukti dapat dilihat dari perubahan yang dilakukan dalam Kamus Dewan. Bukan tujuan aku mahu memperlekehkan kewibaan DBP tetapi sekadar teguran.
Tidak rugi pun jika generasi muda mengaplikasikan bahasa inggeris kerana kebanyakan buku rujukan datang dari negara Barat, negara Uncle Sam or Europe yang ternyata bahasa pengantarnya ialah English. Institusi pendidikan negara kita mengimport buku rujukan dari negara tersebut so soon or later pelajar-pelajar kita tetap perlu menguasai bahasa inggeris, bagi aku ia bagaikan satu pelaburan, "long term investment"..
Kesimpulannya.. isu ini tidak perlu diperbesarkan kerana penggunaan bahasa inggeris yang meluas tidak membuktikan bahawa kita sudah lari dari jati diri seorang Melayu, Melayu tetap Melayu..Melayu Yang Berfikiran Rasional Bukan Emosional..
No comments:
Post a Comment