Monday, April 20, 2009

zaman sekolah,,.

Tiba-tiba aku cam teringat balik situasi sekolah zaman muda aku dulu..seriously, bukan nak berbangga ke ape tapi dulu aku memang seorang pelajar yang agak skema, yang tak pernah ponteng class, tak pernah lawan cikgu, study maintain, sports or other aktiviti aku join je without any excuses tapi tu laa bile difikir balik, kehidupan time tu bagaikan satu rutin yang 'dull', bak kate pepatah 'by hook and by crook' you have to do it.

Tapi ye laa, aku ni jenis yang memerhati, observable, muka blur mcm tapai tapi deep inside aku berfikir. Aku tengok cara cikgu2 aku mengajar, uruskan sekolah and kesimpulaanya most of them macam same dan sekata, takde variety in terms of permikiran dan the way they manage things. Cuma, dua tiga cikgu je yang fleksibel, a bit liberal and think not just by book dan tidak terlalu taksub dengan prosedur.

Another thing is bila time assembly je, benda yang sama yang akan direpeat2 sampai budak2 nak muntah dengar. Selalunya benda yang selalu disebut2 adalah pasal kebersihan kelas dan sekolah, bagaimana untuk menjadi pelajar yang cemerlang dan berakhlak mulia dan peraturan sekolah yang bosan ya rabbi. As a student, kita diwajibkan untuk mendengar dan mengikut segala peraturan ni. No choice, simply as that.

Bagi aku benda yang paling kelakar is the ceramah motivasi sempena nak exam. Aku dah boleh hafal apa yang si penceramah berbayar tu berkata2. Its all the same thing, psycho budak2 dengan cerita sedih dengan mengaitkan parents, pastu masukkan unsur agama and then promote buku motivasi diorang. Its all insane and crap laa. Yang untung lagi kaya adalah mereka2 yang bergelar penceramah yang terhormat ni. Aku sedih bila tengok kawan2 seperjuangan aku menangis2 sepanjang ceramah tapi malangnya insaf hanya sementara, short term je. Buat ape diadakan ceramah tapi kesannya hanya 0%. Personally, aku rase yang motivate diri aku adalah diri aku sendiri tanpa perlu ada ceramah yang melalut2 ni.

Yang buat aku lagi rasa pelik is the way they potray the western culture. Aku rasa sepanjang aku belajar dari sekolah rendah sampai ke peringkat menengah, takde satu pun benda baik pasal budaya barat ni, yang baik hanyalah orang timur yang kononnya terkenal dengan sopan-santun, berakhlak dan bertamadun.Come on laa, statement tu tak relevan langsung.Diorang sedar tak yang barat ni boleh dikatakan satu tamadun yang berjaya, yang bangun dari zaman dark ages dulu and now become the rule of the world. Sebab? Diorang ada satu semangat yang kuat which is focus on the important thing rather than the tiny one, society kite lak sibuk dengan benda2 kecik, benda besar pun tak nampak. Its true yang diorang banyak buat benda yang forbidden tapi kita ambil contoh semangat inkuiri dan bersungguh2 dari diorang untuk ubah diri kita. Open minded, flexible, and think rasional not based on book or procedure yang mengarut.

Lagi satu, aku nak sentuh pasal ustazah dan ustaz yang wajib kita hormat sebab diorang ajar agama. Malangnya, hanya dua tiga je ustaz dan ustazah je yang betul2 dengan peranan mereka, yang lain tersimpang jauh. Diorang ni taksub dengan satu parti yang berlambangkan bulan, so every single thing is about the party itself. Aku naik bosan dengar, pastu diorang buat hukum yang termaktub dalam kitab Islam jadi makin complicated sebab diorang sibuk nak add some spices about pemahaman diorang terhadap hukum tu. Islam is simple and Islam bukan agama paksaan, diorang kene faham tu. Sebagai Islam, kite termaktub dengan hukum2 yang ditentukan oleh-Nya tapi mereka2 ini tak habis2 dengan idealogi karut diorang. Aku rase diorang kene rujuk macam mana arwah Hamka menyampaikan dakwah, bersahaja tetapi berilmu.

when is the moment yang aku boleh aku tengok sistem pendidikan kita berubah, tak ditakuk lama dan keluar dari norma yang asal.Aku nak sangat tengok semua ni comes true. Ini tak bermakna aku tak kenang jasa cikgu2 aku ni,aku hormat diorang dan sanjung segala usaha mereka but some changes must be done.~

No comments:

Post a Comment

Powered By Blogger

faten..reen..senol.. =)

faten..reen..senol.. =)
oldies college